SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Abu Bakar Al Baqir telah dibuka pada 2 Januari 1989 dengan nama Sekolah Menengah Sungai Gedong.Pada awal pembukaannya, pelajar sekolah ini menumpangdi bangunan tambahan Sekolah Menengah Bagan Serai selama 2 tahun 8 bulan.Seramai 120orangpelajar telah ditempatkandi tingkatan satu di dalam 2 buah kelas.Pengetua pertama Encik Abdul Rahman B Muhammad telah diberi tanggungjawab memikul tugas Pengetua dengan dibantu oleh 9 tenaga pengajar dan seorangpegawaikerani. Dengan tenaga dan khidmatpara pegawai ini, sekolah ini telah mengorak langkahmemberi ilmu kepada anakbangsa di Daerah Kerian.PadaAwal penubuhannya, sekolah ini merupakansatu-satunya sekolah bantuan penuh kerajaan di DaerahKerian yangmemulakan pengajaran Bahasa Arab Selain matapelajaran biasa yang ditawarkan di sekolah menengah. Pengenalan matapelajaran Bahasa Arab ini telah menarik perhatian ibubapa untuk menghantar anak-anak untuk meneruskan pembelajaran sekolah menengah di sekolah ini. 
Pada 2 September 1991, pelajar sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru. Bangunan kekal sekolah ini terletak dalam Mukim BaganSerai dalam Daerah Kerian, di Batu 14, Telok Medan, Bagan Serai Perak.Terletak berhampiran dengan Sungai Kurau dan di tepi jalanraya utama Utara-Selatan dari Taiping ke Parit Buntar. 

Pelajar asal sekolah ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah yang berhampiran dengan sekolah ini iaitu: 

Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman

Sekolah Kebangsaan Telok Medan

Sekolah Kebangsaan Dato Mas'ud

Pelajar-pelajar yang terpilih dan melepasi ujian pelajaran Bahasa Arab dari sekolah-sekolah rendah
seluruh Bagan Serai.

 

Bulan Oktober 1991 sekolah ini telah mencatat sejarah dalam peperiksaan SRP dengan mencapai kelulusan 84.8%. Seramai 96 orang pelajar layak ketingkatan 4 dan sebahagian besar pelajar memilih untuk meneruskan pengajian menengah atas mereka di sekolah ini. Sekali lagi sekolah ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dengan mewujudkan kelas aliran agama sepenuhnya kepada pelajar-pelajar lepasan SRP. 27 orang pelajar telah menjadi perintis kelas aliran ugama ini dengan mengikuti pelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran Dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Tasawwur Islam. Pada hari ini selasa 12 Mei 1992 bersamaan 9 Zulkaedah 1412, peristiwa paling bersejarah telah berlaku di mana perasmian sekolah ini telah dilakukan oleh Ke Bawah Duli Yang Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah DK, S.P.C.M, S.P.T.S. Baginda telah memasyurkan nama Baru Sekolah ini sebagai: SEKOLAH ABU BAKAR AL BAQIRdan nama singkatannya S.A.B.A.R. 

Sekolah ini dinamakan sedemikian mengambil sempena nama Al Ustaz Abu Bakar Al Baqir, seorang negarawan yang terkenal khususnya di kawasanPerak Utara. Beliau merupakan seorang ulama dan nasionalis yang banyak menyumbangjasa kepada agama, bangsa dan negara khususnya melalui penubuhan Maahad Al-Ehya Al Shariff, Gunung Semanggol. 

Tahun 1993 pelajar pertama sekolah ini telah menduduki peperiksaan SPMdan keputusan yang diperolehi amatlah membanggakan dengan pencapaian kelulusan iaitu75.8%. Seramai 27 orang mendapat pangkat 1, 25 orang memperolehi pangkat 2 dan 20 orang memperolehi pangkat 3.Kejayaan cemerlang sekolah ini dalam PMR dan SPM serta kejayaan dalam bidang ko kurikulum pada tahun 1993 telah menobatkan sekolah ini sebagai `Sekolah Menengah Cemerlang Daerah Kerian' untuk tahun 1993.Pada tahun 1994, SekolahAbu Bakar Al Baqir dicalonkan menjadi `Sekolah harapan Negara Peringkat Negeri Perak'. Padatahun 1995, sekolah ini telah dicalonkan mewakili negeri Perak ke peringkatKebangsaan sebagai `Sekolah Harapan'. Pada tahun itu juga, sekolah Abu BakarAl Baqir yang menjadi wakil Negeri Perak telah berjaya membawa pulang `Piala Sirih Pulang Ke Gagang' setelah dinobatkan sebagai Johan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia. RTM, Petronas, Berita Harian dan Kerajaan Negeri Sabah. Di atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh sekolah ini, maka padatahun 1996 sekali lagi dianugerahkan `Sekolah Menengah Cemerlang LuarBandar' dengan menerima sumbangan RM5000 dari Persatuan Warga Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Anugerah Sekolah Menengah Cemerlang Luar bandar Daerah Kerian' hingga kini masih dalam genggaman SMK Abu Bakar Al Baqir.

Sehingga kini SMK Abu Bakar Al-Baqir telah menjadi salah sebuah sekolah yang disegani di Daerah Kerian.

Muka Depan