BERITA
SMKSB
Perasmian
Sekolah
(15 Ogps 1998)
.
Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Dato' Sri Najib
b. Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia, merasmikan sekolah serta
melawat sekitar pameran pendidikan yang diadakan di Dewan Kantin SMKSB |
Gotong Royong
Sempena perasmian, suatu siri gotong-royong telah diadakan bagi menceriakan
sekolah.Seluruh warga SMKSB terlibat dalam kerja gotong royong
ini. Sesungguhnya semangat gotong-royong dan kerja berpasukan ini
adalah suatu ciri tersendiri SMKSB.
Sambutan Maulidil Rasul (Peringkat
SMKSB)
(9 Julai 1998)
Kumpulan Al Fauzan
|
Sambutan di peringkat sekolah telah diadakan
sebelah pagi disertai oleh pelajar-pelajar sessi pagi dan petang.
Pelbagai acara diadakan seperti nasyid, deklamasi sajak dan ceramah.
Tema tahun ini ialah 'Kesejahteraan Negara Tanggungkawab Bersama"
Sukan Permainan
20 Jun
Sukan Permainan SMKSB tahun ini berakhir pada 20 Jun 1998 dengan
acara akhir bola tampar, bola keranjang dan taraik tali. Johan pada
kali ini ialah rumah merah.
Sambutan Hari Guru Peringkat
Sekolah
"Kecemerlangan Guru Tanggung
jawab Bersama"
18 Mei
Seluruh warga SMKSB meraikan majlis tersebut
dengan acara-acara seperti sukaneka, persembahan pelajar, persembahan guru
dan penyampaian cenderamata.Majlis tersebut bertujuan mengenang jasa guru
di samping mengeratkan silaturahim sesama warga SMKSB
Hari Bahasa -"Yang Indah Itu
Bahasa"
24 Mac
 |
Berbagai-bagai aktiviti bahasa diadakan seperti syarahan, perbahasan,
dan berbalas pantun
Tujuannya untuk melatih pelajar supaya lebih berani dan berwibawa serta
dapat mempertingkatkan lagi penguasaan Bahasa Melayu |
Hari Bestari &Mesyuarat Agong
PIBG
21 Mac
Hari Bestari di adakan sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar
yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Hari Bestari 98 diadakan serentak dengan Mesyuarat Agong PIBG SMKSB.
Majlis Penyerahan derma
sempena Hari Raya Aidil Fitri
23 Jan
 |
Sempena dengan sambutan tersebut, sekolah (melalui sumbangan pelajar,
guru dan PIBG) telah memberikan sedikit sumbangan kepada sebahagian pelajar,
Sesungguhnya, antara objektif yang ingin dicapai melalui ibadat berpuasa
ialah bersyukur, menginsafi diri, bermurah hati serta sanggup memberikan
bantuan kepada yang memerlukan. |
Keputusan PMR 1997
Berikut adalah secara
ringkas pencapaian pelajar-pelajar PMR '97 SMKSB
10 orang pelajar
terbaik sekolah ialah
1. Fazlina bt. Jerman
2. Tumiran b. Mokilan
3. Noraziana bt.
Ahmad
4. Mohd Zafri b.
Mohd Asrore
5. Mohd Azmir b.
Jiat
6. Rusli b. Arshad
7. Abd. Halim b.
Che Yah
8. Mohd Zaihan b.
Jaafar
9. Mohd Najip b.
Misnan
10. Siti Hawa bt.
Ruslaini.
Guru - Yang Datang Dan Yang Berpindah
Berpindah
1. Pn.Rafeah bt. Basri
2. Cik Teh Nazhura bt. Hamzah
3. En. Mohd Nizar b. Asmari
4. En. Sarawani b. Kaimi (Pengetua)
Baru
1. Pn. Zariah bt. Kasdi
2. Pn. Zuraidah
3. En. Khairudin Sidek
4. En.Yaakob b. Sahri (GPK1)
5. En Hamzah b. Jamil (Pengetua)
6. Ishak b Saring
Jentayu mengebarkan sayapnya
Ogos
1997
Majalah sulong sekolah ini telah siap dicetak dan diedarkan kepada pelajar-pelajar.
Alhamdulillah. Pencapaian ini membanggakan memandangkan ini adalah pengalaman
pertama menerbitkan majalah sekolah.Nama 'JENTAYU'' telah diilhamkan oleh
pelajar tingkatan 4 Anggun' iaitu saudari Noriah bt. Said. Tahniah kepada
sidang redaksi Jentayu yang telah bertungkus-lumus menyiapkan majalah tersebut.
Tahniah !!!
Mereka yang berminat (terutama bekas pelajar) untuk memiliki majalah
tersebut, bolehlah berhubung dengan Pn. Nora (03-8798341)
Kembali
ke MUKA DEPAN