tarif pkg
Pusat Kegiatan Guru
ialah pusat peningkatan profesionalisme keguguran menerusi pelbagai aktiviti
pendidikan yang mengutamakan perkembangan kurikulum berlandaskan teknologi
pendidikan. Ia sentiasa menjalankan program-program bagi mempertingkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi perkhidmatan dan menggiatkan
aktiviti yang memenuhi keperluan guru-guru.
konsep pkg
PKG
dapat dibezakan daripada segala bentuk sokongan yang lain bagi guru-guru
yang sedang berkhidmat dalam aspek-aspek berikut:-
- segala aktivitinya bersifat setempat dan memungkinkan
proses desentralisasi dalam melaksanakan aktiviti pendidikan.
- ia memberi wadah bagi pemusatan khidmat-khidmat
setempat untuk guru-guru.
- tumpuan utamanya adalah terhadap memperbaiki
amalan-amalan di dalam bilik darjah.
- ia menyediakan kemudahan dan suasana yang
sesuai bagi guru-guru untuk bekerja secara perseorangan atau dalam kumpulan.
- ia membantu membina martabat profesional melalui
penglibatan peribadi.
Aspek-aspek di atas terangkum
dalam empat konsep PKG
yang jelas iaitu:-
- Konsep Institusi Pendidikan.
- Konsep Budaya Perkongsian.
- Konsep Pendemokrasian Pendidikan.
- Konsep Rangkaian Dalam Pusat Sumber Pendidikan.
matlamat pkg
Matlamat PKG
adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan
taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah
Pendidikan Negara bertujuan untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju. PKG
juga mempunyai matlamat untuk merealisasikan potensi positif dan indvidualiti
para guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat
dan bidang kehidupan mereka.
objektif pkg
- meningkatkan mutu pendidikan
dengan kegiatan berpusat kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
- menyebar maklumat, pengetahuan
dan inovasi proses pengajaran dan pembelajaran.
- merapatkan hubungan antara sekolah
dalam aspek keperluan perkhidmatan dan bantuan pendidikan.
- menjadi pusat rujukan, penghasilan
dan perkhidmatan sumber kepada guru-guru dari semasa ke semasa.
- mempertingkatkan ketrampilan
guru-guru melalui program latihan dalam perkhidmatan selaras dengan perkembangan
moden kaedah mengajar.
- menyelesaikan masalah proses
pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru secara usahasama antara
guru-guru melalui khidmat sokongan.
- menjalankan aktiviti penyelidikan
untuk mengesan masalah pengajaran dan pembelajaran serta keperluan guru.
- memupuk ikhtiar dan minat di
kalangan guru ke arah mempertingkatkan taraf profesionalisme mereka.
- menyediakan kemudahan untuk
guru-guru berinteraksi, bekerjasama menjalankan kegiatan sosial yang konstruktif.
- membina perhubungan yan rapat
dengan masyarakat dan industri sekeliling supaya murid-murid didedahkan
kepada aspek kemajuan dan berkaitan industri dengan masyarakat.
- membina dan mengukuhkan daya
juang, daya tahan, daya saing dan daya saring di kalangan guru.