Lencana sekolah yang bermotifkan pokok adalah menggambarkan sebuah pokok ilmu. Pohon ini mengeluarkan daun, bunga dan buah yang di dalamnya terdapat lambang yang berunsurkan pendidikan. Pendidikan ini merangkumi aspek-aspek membaca, menulis, mengira, sukan dan rekreasi. Pada perdu pohon ini terdapat bentuk kepala kanak-kanak, berwajah sebelah lelaki dan sebelah perempuan yang membawa maksud murid-muridnya terdiri daripada lelaki dan perempuan. Warna hijau melambangkan kesuburan dan ini bersesuaian dengan pepohon hijau terutamanya kelapa sawit yang meliputi bumi Chaah. Warna ini juga melambangkan sesuatu yang muda seperti juga murid sekolah rendah. Warna jingga yang didasarkan daripada buah kelapa sawit yang masak melambangkan kematangan dan kedewasaan yang diperolehi oleh murid melalui pendidikan. Bentuk perisai melambangkan ciri perlindungan dan pemeliharaan atau penjagaan yang perlu diberikan kepada murid. Cogan kata yang berbunyi"Berusaha Jaya" dijadikan pegangan dan ikatan serta peringatan bahawa kejayaan hanya akan dapat dicapai jika diusahakan bersungguh-sungguh. Nama "Seri Bali" adalah diilhamkan dari sumber pertanian yang utama di bumi Chaah iaitu kelapa sawit. |