![]() |
Amalan Penilaian URN & URK
|
Maklumat diperolehi daripada KURSUS
AMALAN PENILAIAN Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Pontian. |
Mengubah Amalan Penilaian dari URN ke URK
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan untuk mengubah sistem penilaian pencapaian murid kepda sistem berasaskan pendekatan URK mulai tahun 2000.
Perubahan ini dianggap sebagai salah satu fundamental shift yang perlu dilakukan dalam usaha untuk menyeidakan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.
Apa itu URK?
URK - Ujian Rujukan Kriteria ialah satu bentuk penilaian di mana prestasi indvidu dinilai berdasarkan kriteria yang ditakrifkan dengan jelas
Dalam penilaian pencapaian murid takrifan kriteria bagi sesuatu mata pelajaran dibuat berdasarkan tujuan dan objektif matapelajaran berkenaan.
Apa Amalan Semasa?
Amalan semasa berhubung dengan penilaian pencapaian murid ialah hasil sesuaqtu ujian yang lazimnya dalam bentuk markah akan dirujukkan kepada taburan markah populasi utuk menunjukkan prestasi seseorang murid itu.
Dengan itu prestasi murid dalam sesuatu ujian ditentukan berdasarkan prestasi murid lain yang menduduki ujian yang sama..
Pendekatan penilaian ini dikenali sebagai Ujian Rujukan Norma (URN).
Hasil URN menunjukkan siapa yang lebih baik daripada siapa tanpa memberikan gambaran tentang tahap pencapaian objektif atau tujuan sesuatu program pendidikan.
Mengapa Berubah ke URK?
Dalam usaha menyediakan pendidikan bertaraf dunia, piawai atau standard produk perlu ditentukan dan diterjemahkan ke dalam objektif mata pelajaran.
Untuk menjamin keberkesanan pendidikan perlu ada mekanisme yang boleh memberi petunjuk tentang tahap pencapaian tiap-tiap objektif dan langkah untuk menjamin tercdapainya objektif itu.
URN yang diamalkan sekarang tidak mampu memberikan maklumat tentang tercapainya objetif. Oleh itu penilaian ini tidak serasi dengan hasrat menyediakan pendidikan berkualiti bertaraf dunia.
Satu pendekatan lain dalam penilaian perlu digunakan. URK adalah satu-satunya jawapannya.
Faedah Menggunakan URK
Kewujudan kriteria yang jelas akibat dari mengamalkan URK akan mengubah corak pembelajaran murid-murid dari budaya "mugging" yang mereka percayai dapat membantu mereka mendapatkan keputusan yang baik kepada usaha membentuk kualiti tertentu dalam diri mereka sebagaimana dinyatakan dalam kriteria.
Ini akan membantu negara mendapatkan generasi yang terdiri daripada individu berkualiti.
Bagaimanakah Cara untuk Berubah ke URK?
Satu pendekatan yang mengandungi empat fasa digunakan untuk mengubahkan sistem penilaian ke URK. Fasa-fasa itu ialah:
- Dedah DEDAH
Dalam fasa ini usaha ditumpukan ke arah mendedahkan masyarakat pendidik terutama para guru dengan konsep dan kaedah URK. Ini bertujuan untuk melengkapi mereka dengan pengetaqhuan berhubung URK dan kemahiran dalam menanganinya.
Dengan pengetahuan dan kemahiran itu mereka akan berupaya menggunakan URK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Satu pakej yang dikenali sebagai Pakej Penilaian Prestasi Pembelajaran (PPPP) digunakan dalam mendedahkan URK.
KAJI
Kajian tentang kegunaan URK akan dijalankan setelah pendedahan dibuat kepada semua lapisan pendidik. Kajian ini antara lain akan mengesan kekuatan dan kelembahan format yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pendidik dalam menggunakan URK.
MURNI
Dapatan kajian akan diambil kira dalam usaha memurnikan format URK yang bakal digunakan di Malaysia supaya URK boleh dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.
LAKSANA
Dengan pendedahan yang dibuat dan format yang dimurnikan perubahan ke URK sedia untuk dilaksanakan mulai tahun 2000.
Perubahan ini adalah perubahan dari segi fundamental yang merujuk kepada pandangan, tanggapan dan amalan. Ianya tidak melibatkan pertambahan tugas atau beban guru hanya mengubah cara menjalankan tugas yang sedia ada.
Bila?
Dalam mendedahkan URK, PPPP bagi pelbagai matapelajaran di pelbagai peringkat akan dibina dan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat.
Sebagai permulaan PPPP dalam enam matapelajaran: Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahsa Cina dan Bahasa Tamil telah siap dibina dan sedia untuk dilancarkan mulai akhir 1996.
Kajian akan dibuat secra berterusan sebaik sahaja dilancarkan walau bagaimanapun kajian menyeluruh bagi semua matapelajaran akan dibuat dalam tahun 1998.
Permurnian akan dibuat dalam tahun 1999. URK digunakan sepenuhnya dalam tahun 2000.
APA ITU PPPP?
PPPP ialah alat pengukuran pendidikan menggunakan pendekatan URK menjurus kepada penjaminan kualiti.
Pakej ini mengandungi item-item ujian dan Manual.
ITEM-ITEM UJIAN
PPPP dikeluarkan mengikut mata pelajaran.
PPPP mengandungi beratus-ratus item ujian yang sesuai digunakan bagi pelbagai tahap pengajiran bagi sesuatu mata pelajaran.
Item-item atau soalan-soalan dalam PPPP dibina berdasarkan kriteria yang diujudkan berasaskan kehendak sukatan mata pelajaran tertentu.
MANUAL
Manual mengandungi panduan kepada guru dalam:
- memilih item PPPP OBJEKTIF PPPP
PPPP diperkenalkan untuk mencapai objektif berikut:
- Mendedahkan warga pendidik dan yang didik dengan pendekatan URK. SEBELUM MEMILIH ITEM
1. Mengetahui tujuan ujian formatif/sumatif/diagnostik
2. Merancan ujian: - tujuan ujian
3. Memahami sistem kriteria 4. Memahami sistem kod.
MEMILIH ITEM
1. Menyenaraikan item yang diperlukan.
- gunakan sistem kod PPPP,
2. Memilih item daripada PPPP - pendedahan murid KONSEP PEMASANGAN UJIAN
- bina item PROSEDUR MEMASANG UJIAN
- rujuk spesifikasi ujian
|