Era Pembangunan Negaraku

Selepas merdeka,kerajaan Tanah Melayu telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan untuk memajukan ekonominya.Melalui rancangan-rancangan lima tahun yang dilaksanakan, negara telah memasuki era pembangunan ekonomi,politik ,sosial dan pentadbiran.Sesungguhnya rancangan tersebut telah mendatangkan hasil yang dapat dilihat hingga ke hari ini.

Di bawah ini adalah turutan rancangan-rancangan yang telah dijayakan oleh kerajaan kita yang dinamis,pragmatik dan adil.

RANCANGAN-RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
 
Rancangan Malaysia Pertama ( RM 1)
1956-1960
Rancangan Malaya Kedua ( RM 2 )
1961-1965
Rancangan Malaysia Pertama (RMP)
1966-1970
 
DASAR EKONOMI BARU
Rancangan Malaysia Kedua ( RMK )
1971-1975
Rancangan Malaysia Ketiga ( RMT)
1976-1980
Rancangan Malaysia Keempat (RME)
1981-1985
Rancangan Malaysia Kelima ( RML)
1986-1990
Rancangan Malaysia Keenam (RM6)
1991-1995
Tujuan utama rancangan-rancangan ini ialah:-

-mempelbagaikan ekonomi bagi mengurangkan pergantungan pada getah
dan bijih timah.

-memperseimbangkan pembangunan ekonomi antara kawasan luarbandar dan bandar.

-memperseimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan mencapai perpaduan.

Beberapa agensi telah ditubuhkan sepanjang pelaksanaan rancangan ini seperti FELCRA,MARDI,MARA,FIDA,Koperasi Luar Bandar,Bank Pertanian Malaysia dan Bank Bumiputera.

Melalui rancangan-rancangan ini terbukti rakyat telah dapat hidup aman dan harmoni antara kaum.Sesungguhnya kita perlu berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin dahulu dan sekarang dalam memajukan ekonomi negara.